30 Apr 2013

BLE TIBA ANNUAL DINNER DIE TUKAR GAYA RAMBUT :)

HYEEE u oll.... yeahh tajuk diatas... hahaha saja je aku nak share karenah offmate aku ni..
ok kebetulan malam ni off kami ada buat annual dinnerla kan...
but sedih nye aku xdpt nak join coz ada masalah kesihatan sedikit... memandangkan aku ni cukup alah pada bau-bauan sejak pregnnt ni so amik keputusan untuk tidak menghadirkan diri ..:) yela malam ni para jemputan terdiri daripada org2 besar ford dr kl semua turun... so lebih baik aku tarik diri sebelum kejadian yang xdiingini terjadi nnti hahah...

ok la back to the story asal... HAHAH sik gelak jela aku ni...

ok la ada sorg nyonya ni dok blakang aku tp xblakang sgt la... die agak kekanan tempatnye... dr tengah hari pkl 12 die menghilangkan diri die .. ramai org cari tp xjumpa2... dalam kepala otak aku.." mybe die balik awal coz nak g saloon,,buat rambut,buat facial..agaknye" walaupon mcm xmasuk akal pkl12 pegi bersiap untuk majlis yang akan bermula pkl 8 mlm..

dan akhirnye teka-teki itu terjawab jugak bila si nyonya ni masuk balik ke off pada pkl 2.30 am.. taaarrraaaa..... surprise!!! cube teka apa yang baru???hahhah

rupanye die pegi saloon..buat rambut die.. wah gaya baru ala2 mcm elvis presly pon ada gaya nye hahah...
jahatnye aku.. tp mmg kelakar... ble time annual dinner mcm2 gaya ada.. apa2 pon aku doakan nyonya yang ala2 rambut elvis tu menangla gaya tercantik hahahha...
sekian xnak kutuk lebih..
hehehe bye..alllss....

(myra)

27 Apr 2013

BILE SEBUALAN BERJAUHAN....

HYE2.... aku nak sharu sikit lah kan...
bangun pagi2 pkl 5.30 td dpt satu msg dr cik suami tercinta...
" saya sangat2 rindukan awak wahai sayang..saya rindukan dakapan awak sayang sumpah saya hanya rindukan awak...saya hanya mahukan awak dan baby kita yang bakal lahir dalam hidup saya...tanpa awak hidup saya tak bermakna sayang... xmo nakal2 tau tunggu saya balik k sayang.. bie cari rezeki untuk kita sekeluarga ye syg..mmuuaahhh... ciuman dari suami mu tercinta.... mmuuahhh... sayang ayang selamanye...


*sangatmerinduisuamitercinta*
#cik suami di terengganu..outstation#

Ini ada lah dugaa....


hai u allss... hemmm kandungan aku dah masuk 2 bulan ... tapi alah muntah2 loya2 pening2 masih menyerang diri... kekuatan sangat diperlukan...
hemmm kekadang terasa seperti ingin giveup..means???? ok im working... then bile alah tu datang muntah2 pening2 tahab gaban nye... aku mula terasa seperti nak pengsan... n bile muntah terasa macam nak terkeluar segala isi dlm perut hanya tuhan yang tahu apa yang aku rasa... mungkin ada org ckp aku mengada pening sikit tak tahan.. xpe2 ckp2 selagi korang nak... korang tak rasa apa yang aku rasa.... memang org kata kuat la... yes im... aku cuba berkuat tp masalah ni xleh selesai mcm tu je...heemmm

yang paling sedihnye... kerja aku pon dah tunggang langgang... sangat2 kecewa dgn kerja sendiri... aku banyak cuti... aku banayk halfday... kerja aku terpaksa org lain buat... TAPI AKU TAK BOLEH NAK BUAT APA!!!! bile rasa itu datang aku lemah selemahnye satu badan...

sampai aku menangis ... call suami mengadu sakit ..pening..muntah teruk... tapi apakan daya si suami hanya mampu memujuk...

aku slalu kene tekanan darah terlalu rendah.... :( sangat menguji...:(

sampai satu tahab aku rasa macam nak berhenti kerja.. :(

#sedangmenguatkanhatiinidemibabydansuami....#
*YARABB KUATKAN HAMBAMU*

17 Apr 2013

Alam Perkahwinan

Firman Allah S.W.T.
'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'
(Yaasin: 36)

Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.
 Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.
Mengapa Berkahwin
Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tajuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebahknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
Membentuk Keluarga
Peraturan yang ditetapkan itu, menentukan pembentukan keluarga di dalam satu institusi masyarakat yang dinamakan rumahtangga. Rumahtangga adalah tahap pertama pembentukan masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan penyusunan yang rapi, begitulah juga masyarakat lumahtangga memerlukan penyusunan. Pembentukan rumahtangga secara bersekedudukan bebas tanpa perkahwinan dan perlindungan undang-undang melambangkan suatu pembentukan rumahtangga yang tidak tersusun. Ia akan berkembang menjadi belukar dan hutan belantara yang hidup di dalamnya binatang-binatang buas. Hak-hak suami isteri tidak dapat dibela dan diberi keadilan di dalam kehidupan seumpama ini.
Sebaliknya, rumahtangga yang dibentuk meneiusi perkahwinan yang tertakluk kepada peraturan-peraturan tertentu yang lengkap dan sempurna, akan menjadi seperti pohon-pohon yang ditanam secara tersusun. jika pohon-pohon ini terus dipelihara, ia kekal menjadi taman indah yang menyegarkan kehidupan. Demikianlah halnya sebuah rumahtangga yang diikat dengan perkahwinan akan menjadi tempat yang paling indah dalam kehidupan dan kebisingan anak-anak meniadi seperti siulan burung-burung di taman yang indah.
Rumahtangga Sebagai Masyarakat Kecil
Mendirikan rumahtangga dalam Islam bukan ulusan individu seperti yang difahami dalam kehidupan bangsa lain terutama bangsa Barat. Rumahtangga dalam Islam merupakan bahagian penting masyarakat dan masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam pembentukan-
Falsafah Perkahwinan Dalam Islam
Oleh kerana perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada dan hubungan antara kcluarga baru dan yang sedia ada wajib diperteguhkan dan oleh kerana keluarga baru itu sebahagian daripada masyarakat yang boleh mempengaruhi keadaan baik buruk masyarakat, maka perkahwinan yang tidak menghormati masyarakat, seperti kahwin lari, tangkap basah dan lain-lain, sangat dikeji oleh Islam, melainkan di dalam keadaan-keadaan tertentu, di mana pemerintah boleh menggantikan tempat sebagai wali bagi menggantikan wali daripada keluarga si isteri.

** sebenarnya aku just nak kongsi ilmu kepada semua... untuk memahami dengan lebih lanjut boleh la klik di link tersebut http://www.islam.gov.my/en/falsafah-perkahwinan-dalam-islam semoga kita menjadi umatnya yg sentiasa beramal kepadanya... dan smoga menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah...insyaallah..:)


16 Apr 2013

mari masak2....

ini adalah en3 pertama pasal masakan heheheh
seorg yg xpandai masak... bile dah kawin kene jugak masak... tp alhamdulillah.. sejak pregnant ni...
bab masak2 ni jd pebret pulak heheheh....

ini lah resepi hari ini....
masak lemak ketam..:)

Bahan A:
Sebijik bawang besar
1 ulas bawang putih
4cm kunyit hidup (prefer kunyit hidup dari serbuk sebab lagi sedap kot))
beberapa cili api (lagi pedas lagi sedap... oh yeahhhh)
santan (aku guna RM 2 santan)
2 ekor ketam
2 batang serai (diketuk - tapi aku belah je sebab takda benda nak ketuk)

Cara-caranya:

1. Bahan A tadi blend dengan santan... tambah air sikit supaya santan cair... sikit je tau.. ikut la nak kuah pekat ke tak..tapi santan tu tinggalkan sikit...kira sebagai pati la dan dimasukkan kemudian... aku tinggalkan dalam separuh mangkuk.

2. So campurkan bahan yang di blend ke dalam periuk  so tengok la kuah dia pekat ke tak... kalau pekat sangat tambah lagi air... tapi macam aku, tak suka kuah cair... so aku buat pekat....

3. masukkan juga serai yang diketuk ke dalam periuk dan kacau tanpa henti... jangan dibiarkan sebab nanti akan berlaku fenomena pecah santan... haha... payah nak terangkan. pendek kata kacau je la kuah tu sampai mendidih...

5. Bila kuah dah mendidih, masukkan ketam dan baki santan pekat tadi...

6. kacau2 kan bagi sekata kuah dan ketam tu... perasakan dengan garam...

7. Agak2 ketam dah masak, boleh la padam kan api... dan makan dengan serta merta... atau dengan kata lain, ratah terus...

Hasilnya:



ini lah hasilnye.... pertama kali masak ketam masak lomak hahah






























13 Apr 2013

excited mommy

Ahakss... tajuk diatas tu... mmg xcited!!! ok 2 hari lepas cuti coz xberapa sihat..(cuti lagi)
pegi klinik ksihatan kat sungai siput tu utk check up and scan perut saya yang baru berusia 1 bulan lebih ni...
pegi mama teman kan .. coz cik hubby skang outstation di terengganu...
start pukul 8 sampai la pkl 12 baru setel coz ramai sgt org kat klinik tu...
first sampai cek urine..then amik darah pastu kene tunggu doc panggil pulak..
bile time aku masuk jumpa doc... mcm2 la doc tanya .. antaranya..
- mak ayah ada kencing manis darah tinggi x..
-ble last period
-loya x masa baru pregn
-teruk tak muntah2
-apa yg boleh makan apa yg xboeh makan
so semua nye aku jawab la... and doc soh baring atas katil die nak scan baby dlm perut...
hhaaaa time ni aku xcited gile2 kau!!!...
dapat tgk baby dlm perut tuuu...keecik jeee.... dah boleh nampak denyutan jantung die...
mcm nk nitik air mata... my baby...:)
xsabar nak share cerita dgn cik suami... :)
seriusly xcited sgt sampai nak tido pon senyum2... :) :) :)