29 May 2013

Cinta!!

http://matcuoi.comhiii....cute x..(cute kan)
ok2 ar ni nak cite pasal cintaaa.......(apakah aku sudah jatuh cinta..hahah)
setiap orang dalam dunia ni pasti pernah merasakan cinta kan??
tipulah kalau korang xpernah jatuh cinta kan2...

nak tunjuk cikit muka org fall in love...taadaaahttp://matcuoi.comhahah comelkan....
Memang sudah menjadi naluri remaja eh bukan remaja je aku maksudkan manusia di muka bumi ini,untuk bercinta dan dicintai. sudah menjadi kebiasan kepada mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan untulk menghalalkan cinta sebelum kahwin,yang secara terang terangan haram dalam islam..

bila manusia dah jatuh cinta apa ayat2 yg sering kita dengar???

"ala ,,aku couple dengan die sebab nak tolong die berubah je"

"saya cintakan awak kerana Allah"

"kita couple je tp bukan buta maksiad pon"

Firman Allah s.w.t. :

"Dan janganlah kalian mendekati zinar.sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"
(al-isra:ayat 32)

Sebab Allah menurunkan ayat ni??

-sebab iman manusia ada turun naiknye.mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu,tapi mungkin esoknya  iman kita menjadi lebih nipis dari kulit bawang. (dahsyat kan iman manusia ni)

bagaimana kita boleh menjamin kekuatn iman kita sedangkan kita mendekati zina??bercinta atau lebih moden atu lebih rocknye adalah ber"couple" (rock ke??)  sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan pertama ayang akan mendekatkan kita kepada zina.

bermula dengan perasaan sayang yang konon2 berlandaskan agama,dan secara automatik perasaan rindu akan terbit ,dan perasaan rindu yang jahat inilah yang akan membelenggu minda dan membuat kita menjadi alpa..(kesian kan)

Menolak cinta sebelum adanya ikatan perkahwinan bukanlah bermaksud kita perlu berserah kepada allah tanpa berusaha.usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan memohon doa dari allah agar dipertemukan dengan org yang beriman dan boleh membimbing kita..insyaallah allah pasti membantu,kerana janji allah itu pasti..

firman Allah dlm surah an-nur:

"Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita yang baik"

yess... aku juga mengaku untuk menolak sesuatu yang telah menjadi realiti ehidupan ini sangat lah pahit,tapi yakinlah yang buah nya sangat lah manis..

ayuhhh!!! sahabat kita ubah prinsip jika sebelum ini kita jadikan agama sebagai landasan menghalalkan yang haram , sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak yang haram.

Mari sama2 kita amalkan doa Rasulullah in:
"ya tuhan kami anugerahkan lah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa"

(al-furqan : 25:74)

semoga kita semua mendapat kan petunjuk dari allah s.w.t

# buat diri ini....
"aku yang dulu astaghfirullah al azim,
aku yang sekarang alhamdulillah,
aku yang akan datang insyaAllah..."

ok sekian salam semua bye...


http://matcuoi.comnek kete mini comel kitew..:)

28 May 2013

Bile bos kata "nak mintak pendapat u" & "mybe test kita sama"

ouchhhtt..!!!! tajuk diatas..terkejut sikit....(over le tu)

http://matcuoi.com sengeh cam ni je bile bos tanya kita cam ni " myra i nak mntak pendapat u la...about blablabla.."(actualy die ni asist manager n aku pggil die kak je pon hahah xde puan2..)

http://matcuoi.compastu kan dah sengeh2 tu tros je ase cm nk wat muka cm gitu.... coz soalan die aiyooo... keliru jugak nak jawab.... jawapan apa yg aku patot bagi ni haiii..( soalan xleh dipaparkan..rahsia..heheh)
aku pon bermukadimah la panjang lebar..padahal manager tu mntk pendapat je pon hahah ..gila aku bagi macam ceramah.... lantakkan...ye dak...

itu satu kesah...satu  kesah lagi ble manager ni kata mcm ni kat aku.." Myra mybe test fashion kita sama"
tros muka senyum kambing..then balik je tmpt aku tros nak wt muka mcm ni.. http://matcuoi.comsebab apa??? keliru aku ni fashion cm org tua kah??? hahah WHATEVARRRR!!!

sebenarnye aku ni ada wat business skit jual tdg..so aku bawa la ke opis ni kot2 ada yg berkenan..xsangka bnyk jugak permintaaan.... tu la die nak jugak tudung kaler mcm aku..tp malangnye tdg itu pesen sudah xlaa maa..... tp die kata xkisahla kaler apa myra pilih je... slera kita sama...

hahah... apa2 pon setiap org ada cita rasa sendiri..mybe die berusia tp citarasa fshion die mcm owg mude...kan3...

ok la ..sampai disini sja na..bye..


http://matcuoi.com

Merajuk ja KOjanya!!!

weeeewwiiittt...!!!!
ahaks (gedik gile)
kepada yg sudi membaca thank coz sudi meluangkan masa membaca..(ada ke org baca kahkahkah)sadis!!!
ar ni mau cerita pasal merajuk....

Merajuk tu apa ye????
-merujuk pada kamus dewan bahasa dan pustaka... merajuk adalah perasaan tidak suka atau kurang senang akan sesuatu....

haaaa..... dapat tak maksudnye??ok aku nak tanya satu soalan cepu yg xberapa emas...antara lelaki dan perempuan siapa yang lebih kuat merajuk????
jawab cepat!!!!

3..2...1... jawapannya adalah.....

-ofcoz la pompuan kan!!...
lelaki pon ada jugak tp xnampak sgt merajuk drg tu... yg ketara nampaknye pepuan lakan...

macm i aoll jugakzz.... aku mmg kuat merajuk uu.... tambah2 lagi bile dengan suami tercinta ahaii..lagi menjadi2 (mengada la namanye kan)

hhaaa meh nak cite..  smlam la..(laaa cite sal semalm ke??)
ngah best2 dok bercakap telifon with ma hubby... tetibe cik suami ni boleh bergurau yg membuat kan mood happy n manja aku menjadi mood sawan,hot,dan akhirnye merajuk.. dan menyebabkan muncungku seper encik donald duck ok!!!!
tention i..... yela....dah la sebulan cik somi tu ke outstaion ke terengganu kan..compom la rindu bertahab...tetibe die ngusik kite pulok..haiiyaa... ok la cik suami ni mmg suke mengusik i... (kejap aku,kejap i..hape2 entah) yang kita nipulak dah la hot... (bukan hot sbb cntik atau ayu) hot apa??? hot tampered...
mmg la merajuk je kejenye....
sampai bile aku merajuk tu diaog akan jadi begini...

suami: emmmm ... merajuk latu...ayg ni b usik sikit pon xleh ye..
c.myra: ehhh mana de..xde masa nak merajuk..
suami : yela tu xde masa..ke muncung tu dah kedepan dah..
c.myra: biarla... sebok je...
suami : hahahah... ayang ni... dah2 xnak merajuk...

tp aku ttp dgn egoku..merajuk jugaks....

then cik somi xtau nka ckp pe dan akhirnye die kuarkan dialog sedih die berbunyi begini;;

suami; ayang xkesian ke kat b.. b penat ni baru lik keje, makan pon xlagi,dah la ar2 kene makan luar,xde org nak masakkan.. dah l b rindu sgt kat ayg.... tp ayg merajuk2 mcm ni... x kesianke kat b...

nah kau jemahh!! sekali die kuar ayta dramitis die ...lemah jiwa raga aku...
automatk keegoaan ku runtuh hahahha...

kesiankan suami isteri ble berjauhan baru 5 bulan kawin cik somi sik kene outstation je deh,...
ok la..kepada kamu2 di luar sana yg dah kawin tu... usah le majok sgt... sian kat suami tu kaum lelaki ni dah la xpandai memujuk...

okla...stakat ini sajalah penulisan aku ni..ok bye2....

:)

23 May 2013

MENGAPA IBU MENGANDUNG KERAP BUANG AIR KECIL???

?? Mengapakah saya perlu kerap membuang air kecil semasa saya hamil?
Kerap membuang air kecil adalah ciri-ciri utama kehamilan. Ini biasa berlaku terutamanya dalam trimester pertama dan ketiga. Malah, ia merupakan salah satu daripada tanda-tanda awal kehamilan yang biasa. Ia adalah sebahagian daripada perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda. 

Apabila bayi dalam kandungan anda semakin membesar, badan anda akan mengeluarkan lebih banyak air kencing, tetapi pundi kencing anda pula semakin mengecut. Oleh itu, walaupun pundi kencing anda kosong, tekanan yang diterimanya akan membuatkan anda merasa seperti ia penuh. Anda akan mengalami perkara ini terutamanya pada hujung kehamilan apabila kepala bayi sudah turun dan bersedia untuk lahir. 

Anda juga mungkin mempunyai masalah mengosongkan pundi kencing, menyebabkan anda terpaksa pergi ke tandas berulang kali. 



Adakah apa-apa cara untuk mengurangkan berulang ke tandas?

Malangnya, tidak! Jangan cuba kurangkan jumlah air yang anda minum. Anda sepatutnya minum enam hingga lapan gelas minuman sehari, yang mana kebanyakannya sepatutnya adalah air. Pengurangan cecair boleh menyebabkandehidrasi dan anda perlu minum dengan banyak untuk membantu pengaliran nutrien kepada bayi anda. 

Anda boleh cuba minum hanya sedikit dalam masa satu atau dua jam sebelum tidur untuk mengurangkan berulang ke tandas pada waktu malam

Jika ini tidak berhasil, anda mungkin terpaksa bertahan sahaja untuk beberapa bulan lagi hingga bayi anda lahir. Anda boleh menganggapnya sebagai satu cara melatih diri untuk menghadapi cabaran selepas bayi anda lahir di mana anda mungkin tidak dapat tidur malam

Mungkinkah kerap membuang air menunjukkan apa-apa masalah?
Bincang dengan doktor anda jika:
·         Anda rasa sakit atau panas apabila membuang air.
·         Anda rasa hendak terkencing tetapi hanya beberapa titik sahaja yang keluar.
Anda mungkin menghidap jangkitan saluran kencing (UTI). Minum banyak air untuk mencairkan air kencing dan jumpalah doktor secepat mungkin. Anda mungkin memerlukan antibiotik untuk mengubati UTI. Jika tidak diubati, UTI boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang, yang mana boleh meningkatkan risiko anda sakit untuk bersalin telalu awal

Bilakah saya akan berhenti membuang air terlalu kerap?
Masalah ini akan berkurangan tidak lama selepas bayi anda lahir. Dalam tempoh beberapa hari selepas melahirkan, anda akan mengeluarkan lebih banyak air kencing, dan lebih kerap. Ketika ini, badan anda sedang membuang segala cecair tambahan yang terkandung dalam sistem darah anda semasa hamil. 

Selepas beberapa hari, keperluan untuk membuang air akan kembali seperti sebelum anda hamil. 


** dapat jawapannye... saye pon kerap buang air kecil sejap pregnant ni....**

rurjukan 
http://www.babycenter.com.my/a1050987/kerap-membuang-air#ixzz2U636zw34

22 May 2013

ibu tetap ibu....


Setiap insan mesti ada ibu bapa masing - masing. Tanpa mereka, tanpalah kita hidup di dunia ini. Tapi, adakah kita menghormati mereka? Dunia sekarang tak sama seperti dunia zaman dahulu. Cara percakapan dengan ibu bapa sekarang juga berlainan. 
Jika dulu, kita takutkan mereka jika kita lakukan kesalahan.
Tetapi zaman sekarang dah lain caranya.
Ibu bapa sekarang kena kena jadi kawan dengan anaknya.
Jika tidak, perbalahan akan berlaku.
Bagi Hackers, perbalahan antara ibu bapa dengan kita tak wajar berlaku.
Kita perlu bertolak ansur dengan mereka.


Ingat, bahawa mereka berkorban masa semata - mata ingin membesarkan kita.
Ribuan ringgit mereka habiskan untuk membesarkan kamu.
Jika mereka kerap memarahi anda atau memukul anda dengan alasan, jangan melawan. 
Mengakui kesalahan sendiri dan jadikan ia satu iktibar.  
Sejahat - jahat ibu bapa kita itu, ia tetap ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat mereka.
Jika suatu hari nanti, anda kehilangan mereka, pastinya anda akan menyesal seumur hidup kerana tidak sempat meminta maaf kepada mereka.


jadi mengapa harus kita bersengketa dek kerana hal yg kecil.... kepada mereka2 yg berkrisis dgn ibu atau bapa.. buanglah ego... minta ampun dan mengalah la.... pasti hidup anda tidak akan rugi dunia dan akhirat...


(kepada artis yg sebok saling menyalahkan antara ibu dan anak... ingatlah..sekarang ibu anda masih ada..jika satu hari nanti die sudah tiada pasti anda menyesal jika tidak sempat meminta ampun..)




18 May 2013

restu ibu bapa itu penting


morningg!! :) 
hari ni nak bercerita pasal restu ibu bapa....
kita semua pasti tau yang restu ibu bapa tu sgt2 la penting..
begitu juga dengan perkahwinan... 

xkira apa yang kita lakukan..
semuanye memerlukan restu dan redha ibu bapa...

Bayangkan kalau kita melangkah ke alam perkahwinan tanpa doa, restu atau redha ibu bapa, maka di hati kecil kita tidak akan ada keyakinan untuk menempuh alam yang baru itu. Perkahwinan merupakan satu proses untuk menyempurnakan agama. Jadi sekiranya kita tidak mendapat restu mereka, adakah sempurna agama kita jika sesuatu perkahwinan itu tidak mendapat redha ibu bapa? Dan jika ibu bapa tidak redha, adakah Allah meredhai kita????


Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta semata-mata umumnya tidak akan kekal lama. Kalau berkahwin semata-mata kerana cinta, cinta boleh luntur. Kalau disebabkan dorongan seksual, ia juga boleh berkurang. Kalau berkahwin kerana duit, ini juga mungkin satu hari tidak stabil. Begitu juga kalau sebab kecantikan, kecantikan akan pudar akhirnya. Sebab itu Nabi s.a.w. menekankan bahawa perkahwinan itu adalah untuk menyempurnakan agama. Tanda kita betul-betul beragama, kita berkahwin mengikut sunnah Nabi. 



Jika Tak Direstui
Kesan yang jelas bagi perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa adalah gagal mendapat keberkatan. Hilangnya keberkatan menyebabkan timbul masalah silih berganti dan timbul rasa tidak yakin dalam menghadapi masalah akibat tidak mendapat doa dan redha ibu bapa .

Kalau ada restu ibu bapa, apabila menghadapi sesuatu masalah, kita rasa yakin boleh menyelesaikannya walaupun masalah itu nampak berat. Perkahwinan itu sesuatu yang membahagiakan tetapi tanpa redha ibu bapa maka lebih mudah berlaku huru-hara. Sebaliknya dengan keredhaan ibu bapa, perkahwinan terasa lebih menyeronokkan.

Cuba kita renung perkahwinan orang-orang dulu yang jodoh mereka betul-betul atas pilihan ibu bapa. Kita tengok jangka hayat rumah tangga mereka lebih lama. Sekarang kahwin bermula dari cinta tapi peratus cerai tinggi. Hendak kata tak kenal, sudah kenal. Hendak kata tak cinta sudah cinta. Di situ sebenarnya peranan keredhaan ibu bapa. Keredhaan ibu bapa lebih kuat daripada cinta. Lafaz cinta tidak sekuat keredhaan ibu bapa.


jaga Hati Mereka Sampai Bila-bila

Hati ibu bapa tetap perlu dijaga sampai bila-bila walaupun seseorang itu sudah ada tanggungjawab lain dalam rumah tangga yang dibina.

Bagi seorang wanita yang sudah berkahwin, tanggungjawab untuk mentaati suami tidak mengurangkan hak ibu bapanya untuk ditaati dan dijaga hati mereka. Terdapat 

Tanggungjawab yang dipikul sebagai isteri atau suami tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabai dan melukakan hati ibu bapa dengan tidak membantu, menghubungi dan mengambil tahu kehidupan mereka. Pendek kata, menurutnya, si anak tidak boleh mengambil sikap, “Saya dah jadi isteri orang atau suami orang, tanggungjawab pada ibu bapa dah kurang.”

Dalam hidup ini, setiap sesuatu akan dibalas. Jika kita menyakiti hati ibu bapa, apakah kita sanggup satu hari nanti anak kita melakukan perkara yang sama pada kita pula?

*semoga kita semua dapat menjadi isteri yang taat serta anak yang baik pada ibu bapa kita ..aminnn insyaallah..*

✓restu ibu bapa sangat penting......





16 May 2013

MABUK KETIKA HAMIL!!!


Hyee all... ar ni nak share sikit pengalaman saya mengandung..oohh kandungan saya baru masuk 3 bulan alhamdulillah..:) masa mula pregnant mmg teruk even sampai skang pon masih lagi mabuk muntah2.. sangat memenatkan.. but terima semuani sebagai dugaan dan cbaran.. klo kita xmengandung kita x rasa kan..

Apa itu mabuk hamil???
Mabuk hamil adalah kejadian medical yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan,tetapi betapa teruk ianya dihadapi berbeza pada setiap individu.
*Ada setengah wanita hamil hanya mabuk atau muntah2 pada waktu pagi atau morning sickness.. 
(yesss aku juga merasa morning sickness ni aduhai mmg teruk sgt rasanye..perut kosong tetibe muntah kuning yang sangat pahit eerrr...)
* Ada jugak yang muntah sepanjang hari means xkire masa nak muntah sampai lembik.. xdapat bekerja.. (terjadi pada diri saya jugak terpaksa amik cuti tanpa gaji selama sebulan)
*diesebabkan itu jugak kita juga mungkin mengalami tekanan perasaan atau murung.. hubungan dengan keluarga,suami,atau kawan2 akan terjejas disebabkan perasaan kita..(yes mcm saya.. masa mula pregnant mabuk teruk dtg off muka masam mencuka.tegur sapa2 pon tak)

Kenapa kita rasa mabuk masa mengandung???
menurut pakar mabuk masa mengandung tu bagus...(err ble dgr org ckp cmtu rasa geram je kan)
ini adalan satu tanda hormon kehamilan kita adalah tinggi means baik lakan..

Adakah ia menjejaskan bayi dalam kandungan??
*mabuk mengandung ini tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan selagi perut anda mampu menyimpan sebahagian makanan yang anda ambil..
*so that y sangat penting bagi pengambilan folid asid bagi pembentukan tulang bayi coz dalam permulaan mengandung ni kita mmg takkan ada selera nak makan makanan yg betul2 ikut piramid makanan..
*tetapi jika anda muntah terlalu teruk 1 hari tidak makan atau minum dan berat badan anda menurun sila lah jumpa doktor ok..

SO kepada mereka yang sedang mengandung banyak2kan bersabar... dan kepada diri au jugak yg cepat emosional masa pregnant ni.... 
:)

15 May 2013

CERITA MINGGU LALU..CAMERON HIGHLAND

hye allss....sihat2 la hendak nye..alhamdulillah berakhir suah pilihan raya dan saya xnak komen apap2 coz heheh saya x mengundi opsss... xdaftar lagi... insyaallah akan dtg
ok la ni nak cite share2 cikit aktiviti masa aku amik cuti ari isnin lepas.. kebetulan cik suami pon balik so mmg cadang nak jalan2.. first2 tu macam nak jalan dekat sini je la kan.. then cik suami kata kita pergi cameron la... aku ok je..coz cik suami yang drive kan.. so aku cadang nak bawa mama n anadk sedara aku si yusron comel tu skali...kami bertolak pkl 9 pagi time org g mengundi heheheh.....
jalan2... biasalah kat cameron buat apa lagi petik2 strawberry,,g mnum freash tea.kan.. yg seronok bawa si budak yusron ni la mcm2 karenah die... comel je..
nah tatapi lah gambar kami heheh.....
MAMA WIF STRABERY
SAKAN PAKLONG N YUSRON



10 May 2013

SIAPA KITA TANPA ALLAH S.W.T

Sebenarnya apa yang kita cari dalam hidup ini????

Harta ke?wang ringgit??kebahagian??keluarga??kesenangan?pa lagi yg kita nak??

pernah x kita rasa.. bile kita dapat semua yg kita impikan .. tp hati kita masih rasa resah..pernah x??
walau pun kita rasa bahagia.. mcm dunia ni kita yang punya,..tp pasti jauh disudut hati terusik jiwa terasa gelisah dan resah seperti ada sesuatu yg masih belum lengkap dalam hidup kita... pernah x rasa macam ni??


 cuba kita letak tangan kedada dan rasa degupan jantung dan subutkan astaghfirullahal 'azim .

 pasti seakan wujud satu rasa keinsafan dalam diri kita kan ..pasti ada yg menitiskan air mata .. air mata yang mengalir itu bukan makna meratapi tetapi ketenangan yang abadi hinggap dihati apabila kita mengingati allah s.w.t

 sedar x kita apa yang kita miliki sekarang bukan lah kekal milik kita.. tapi ia hanya sebuah pinjaman dari allah s.w.t segala-gala yang kita ada milik allah..walau semahal2 benda..atau semurah-murah benda segalanya milik allah.kaki kita guna untuk berjalan,mulut yang kita guna untuk bercakap,mata yang kita guna untuk melihat,telinga yang kita guna untuk mendengar segala hal,dan tangan yang kita guna utk melakukan segala tugasan ini juga... milik yang maha esa..segalanya milik allah s.w.t 

 jadi marilah kita bersama-sam menginsafkan diri.. lihat lah betapa kecilnya kita disis allah..
sedangkan segala benda yang kita miliki hanya pinjaman tidak ada satu pon milik kekal kita.. termasuk juga nyawa kita,, jadi tidak perlu kita berasa angkuh dgn kesenangan yang kita ada..


"astaghfirullahal 'azim"




sumber ilham dari http;//www.iluvislam.com.my

(untuk saya dan semua)

7 May 2013

amalan untuk ibu mengandung

hye ari ni just nak share sikit la bagi mereka yang bakal jadi ibu seperti saya juga..marilah kita cuba amalkan tips2 yang diberi oleh mereka yang berpengalaman.. antaranya :

1)  Banyakkan bertaubat - memohon ampun akan dosa-dosa yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yang bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa.

2)  Menutup Aurat - Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan.

3)  Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran Seperti :
  • Surah Al-Fatihah dan ayat kursi
  • Surah Yaasin
  • Surah Taubat
  • Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat)
  • Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna).
  • Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat)
  • Surah An-Nahl ayat 78
  • Surah Al-’Araaf ayat 189

and sekarang saya sedang cuba sedaya upaya nak menghabiskan membaca al-quran dalam masa 9 bulan saya mengandung ni...walaupon bacaan tu agak pelan coz slalu mengah sejak mengandung ni..tp ttp cuba sedaya upaya.. semoga dipermudahkan Allah s.w.t

Semoga amalan-amalan ini dapat memberikan kesenangan kepada ibu yang bakal melahirkan cahaya mata nanti insyaallah... :)




4 May 2013

Janji Allah S.W.t itu pasti...



Aku redha dgn ketentuan ALLAH SWT dlm meniti kehidupan seharian ku kerana aku yakin segala yang terjadi ada hikmahnya... In sya ALLAH..
Janji Allah itu pasti,cuma kita kadang2 tak sedar bahawa apa kita inginkan itu tidak semestinya terbaik bagi kita....
Mudah2an aku menjadi hamba Allah yg sering bersyukur, redha dan ikhlas dgn ketentuannya.... In sya Allah......

"jangan bersedih jika allah s.w.t xbagi apa yng kita minta,kadang allah xbagi coz die tahu yang kita xlayak dengan apa yang kita minta,tapi ingat bukan allah xbagi terus cuma die akan bagi yang lebih baik pada kita..
segala perkara yang berlaku kini ada hikmah nya,yakinlah allah akakn berikan sesuatu yang baik utk kita dari apa yang kita impikan sebelum ini..."

semoga Allah s.w.t. pelihara iman ku...aminn..