22 May 2013

ibu tetap ibu....


Setiap insan mesti ada ibu bapa masing - masing. Tanpa mereka, tanpalah kita hidup di dunia ini. Tapi, adakah kita menghormati mereka? Dunia sekarang tak sama seperti dunia zaman dahulu. Cara percakapan dengan ibu bapa sekarang juga berlainan. 
Jika dulu, kita takutkan mereka jika kita lakukan kesalahan.
Tetapi zaman sekarang dah lain caranya.
Ibu bapa sekarang kena kena jadi kawan dengan anaknya.
Jika tidak, perbalahan akan berlaku.
Bagi Hackers, perbalahan antara ibu bapa dengan kita tak wajar berlaku.
Kita perlu bertolak ansur dengan mereka.


Ingat, bahawa mereka berkorban masa semata - mata ingin membesarkan kita.
Ribuan ringgit mereka habiskan untuk membesarkan kamu.
Jika mereka kerap memarahi anda atau memukul anda dengan alasan, jangan melawan. 
Mengakui kesalahan sendiri dan jadikan ia satu iktibar.  
Sejahat - jahat ibu bapa kita itu, ia tetap ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat mereka.
Jika suatu hari nanti, anda kehilangan mereka, pastinya anda akan menyesal seumur hidup kerana tidak sempat meminta maaf kepada mereka.


jadi mengapa harus kita bersengketa dek kerana hal yg kecil.... kepada mereka2 yg berkrisis dgn ibu atau bapa.. buanglah ego... minta ampun dan mengalah la.... pasti hidup anda tidak akan rugi dunia dan akhirat...


(kepada artis yg sebok saling menyalahkan antara ibu dan anak... ingatlah..sekarang ibu anda masih ada..jika satu hari nanti die sudah tiada pasti anda menyesal jika tidak sempat meminta ampun..)




No comments:

Post a Comment