7 May 2013

amalan untuk ibu mengandung

hye ari ni just nak share sikit la bagi mereka yang bakal jadi ibu seperti saya juga..marilah kita cuba amalkan tips2 yang diberi oleh mereka yang berpengalaman.. antaranya :

1)  Banyakkan bertaubat - memohon ampun akan dosa-dosa yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yang bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa.

2)  Menutup Aurat - Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan.

3)  Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran Seperti :
  • Surah Al-Fatihah dan ayat kursi
  • Surah Yaasin
  • Surah Taubat
  • Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat)
  • Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna).
  • Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat)
  • Surah An-Nahl ayat 78
  • Surah Al-’Araaf ayat 189

and sekarang saya sedang cuba sedaya upaya nak menghabiskan membaca al-quran dalam masa 9 bulan saya mengandung ni...walaupon bacaan tu agak pelan coz slalu mengah sejak mengandung ni..tp ttp cuba sedaya upaya.. semoga dipermudahkan Allah s.w.t

Semoga amalan-amalan ini dapat memberikan kesenangan kepada ibu yang bakal melahirkan cahaya mata nanti insyaallah... :)




2 comments:

  1. in sya allah , semoga segala urusan dipermudahkan, aminnn (;

    ReplyDelete